Muflis Remington Arms

Mendekati awal dekad 2000an, syarikat mula mengazamkan perluasan pasaran yang lebih ganas. Pada bulan Desember 2007 mereka membeli kepemilikan syarikat senjata api dari Carolina Utara Senjata Api Marlin, belum lama selepasnya membeli kepemilikan pengilangan pemadam suara dan pindaan muncung senjata termahsyur di Amerika Utara, AAC (Advance Armament Company). Remington membeli kedua-dua syarikat itu dengan sangat mahal dan menambah hutang harta syarikat.

Akibat hutang yang semakin banyam, meski penjualan senjata dan alat kelengkapan senjata mereka meningkat pegawai tinggi syarikat terpaksa menandatangani surat Bab 11 dalam undang-undang AS, mengenai muflisnya satu syarikat pada bulan julai 28, 2018.[6] Saham dan hartanah ini dikongsikan kemudian dibida kepada pelbagai pembeli.[2] Senjata Api Remington dan Senjata Api Marlin dijual kepada Roundhill Group SLB, sebagai ibu pejabat, Roundhill masih membolehkan Remington mengilangkan produk mereka dengan nama baharu yaitu RemArms.[7] Kilang peluru Remington di daerah Lonoke dibeli oleh Vista Outdoor, dengan anak syarikat mereka, Vista memasarkan pelbagai jenis kartrij.[8][9] Roundhill kemudian menjual Senjata Api Marlin dengan harga murah kepada Sturm, Ruger & Co..[10][11][12][13]

Pada tarikh 30 November 2023, kilang Remington pertama di Ilion yang berusia hampir 200 tahun akan ditutup pada akhir bulan Mac 2024. Sekitar 250 atau 300 kakitangan akan terjejas pemberhentian kerana penutupan ini.[14] Wakil sederum presiden Persatuan Pekerja Pelombong Amerika, Cecil Roberts mencela Roundhill dengan mengatakan mereka sudah tidak bertamadun kerana sengaja melupakan sejarah.[15]

Rujukan

WikiPedia: Remington Arms https://www.timestelegram.com/story/news/2021/01/0... https://web.archive.org/web/20210416084101/https:/... https://web.archive.org/web/20201002142739/https:/... https://web.archive.org/web/20190426153226/https:/... https://web.archive.org/web/20170911063955/https:/... https://web.archive.org/web/20170719041211/https:/... https://web.archive.org/web/20200728103418/https:/... https://web.archive.org/web/20210909145007/https:/... https://web.archive.org/web/20201010023522/https:/... https://web.archive.org/web/20220218044208/https:/...